USAHAWAN SIMPLYSITI

USAHAWAN SIMPLYSITI





Saya memilih usahawan ini kerana beliau merupakan seorang yang berani menceburi bidang keusahawanan walaupun beliau telah mempunyai karier sebagai seorang penyanyi. Beliau sangat berfikiran luas dan terbuka dalam bidang perniagaan. Datuk Siti juga berani mengambil risiko dengan mempertaruhkan produknya untuk bersaing dengan produk-produk jenama lain yang sudah gah namanya di dalam industri perniagaan.


BIODATA

NAMA : Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin
UMUR : 32 tahun
ASAL : Kampung Awah, Temerloh, Pahang.
JAWATAN : Presiden Produk Kosmetik SimplySiti
PENDIDIKAN : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
SUAMI : Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa

Pada 30 Mac, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM. Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.

Pada 11 Januari 2011, beliau menerima dua anugerah dariBrandLaureate - Small and Medium Enterprises Chapter Awards (The BrandLaureate – SME's Chapter Awards), salah satu daripadajenis produk SimplySiti. Beliau juga menerima Anugerah WanitaInspirasi dari Persatuan Wartawan 
Malaysia dan Indonesia(ISWAMI) pada 29 Januari.




Artikel 1: 

PRODUK SIMPLYSITI BELUM DAPAT UNTUNG LAGI.

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2010: Usaha serta percubaan pertama penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin atau Siti menceburi bidang perniagaan kecantikan ternyata membuahkan hasil lumayan. Apa tidaknya, sebaik saja produk keluarannya SimplySiti mula dipasarkan, ia telah mendapat sambutan yang hangat di pasaran.
Malah, murai.com.my difahamkan sasaran Siti untuk mendapatkan pulangan jualan RM1 juta untuk sebulan telah melepasi jangkaan. Difahamkan lagi, dalam tempoh sebulan saja, produk SimplySiti telah meraih lebih RM2 juta pulangan. Ia boleh disifatkan sebagai satu pencapaian yang cukup baik buat Siti.
Namun, apabila ditanya tentang kesahihan perkara ini, Siti yang ditemui selepas berakhirnya rakaman program raya, Lebaran Diva Dato Siti Nurhaliza di Astro baru-baru ini bukan saja kelihatan terkejut mendengar soalan itu tetapi seperti juga seperti teragak-agak untuk menjawabnya.
Barangkali dia cuba untuk mencari jawapan yang sesuai.
Apapun katanya: "Syukur Alhamdulillah, kerana setakat ini SimplySiti sudah melepasi sasaran. Ini satu langkah permulaan yang baik untuk Siti memantapkan lagi produk SimplySiti. Sekarang ni pun, Siti dah mula membuat R&D ( research & development) untuk produk baru Siti.
"Apapun, untuk tahun pertama ini, Siti sebenarnya belum dapat apa-apa untung lagi dari produk SImplySiti sebabnya Siti dah banyak keluarkan modal terutamanya untuk bahagian promonya. Kalau sesuatru produk yang dikeluarkan itu menggunakan modal yang banyak, tentu sukar untuk dapatykan balik modalnya dalam waktu yang singkat dan ia memerlukan masa. Pun begitu, Siti merasakan ini satu perkembangan baik kerana lia telah berjaya melepasi sasaran kami.
"Buat permulaan ini, Siti nak kuatkan lagi jenama SimplySiti dulu. Insya-Allah, selepas ini SimplySiti boleh didapati di pusat membeli-belah seperti Jusco menerusi produk premium yang lebih bagus. Siti juga dalam perancangan nak keluarkan perfume buatan sendiri . Tapi, sebelum keluarkan minyak wangi ni, Siti akan buat penyelidikan dulu dan suami Siti akan pergi ke Paris untuk mengadakan mesyuarat berkenaan hal ini," katanya.
Mengulas lebih lanjut, Siti akui yang akan menyusul mengikuti suaminya ke kota Eiffel Tower itu kerana mahu melihat sendiri kilang tempat produk Siti itu diproseskan nanti.
"Siti memang ada niat nak kembangkan lagi pasaran Siti ke luar negara. Lepas ini pun, SimplySiti akan menjengah pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia dalam waktu terdekat ini. Siti harap peminat dapat mendoakan Siti agar produk ini boleh pergi jauh lagi," ujarnya.




Artikel 2:

 Dato’ Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia.
Jenama kecantikan milik Siti Nurhaliza, SimplySiti memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas dilancarkan tiga tahun lalu kerana ianya popular di kalangan penggemar kecantikan di Malaysia — malah produk SimplySiti kini sudah pun menembusi pasaran Timur Tengah.

Dek kerana kejayaan tersebut, Dato’ Siti Nurhaliza merancang untuk membawa SimplySiti Sdn Bhd selangkah ke hadapan dengan menyenaraikan syarikatnya itu ke Bursa Malaysia tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, SimplySiti semakin berkembang. Saya target nak pastikan SimplySiti dapat masuk ke Bursa Saham. Saya tahu semua itu memakan masa dan perlukan strategi dan usaha yang lebih gigih daripada kami. Tapi saya yakin, ia tak mustahil,” ujarnya.



Artikel 3: 
Kenyataan Rasmi JAKIM Produk SimplySiti Halal.

Masih ingat lagi dengan isu produk SimplySiti yang dikatakan haram? Kalau masih ingat baguslah. Kalau tak ingat atau masih tak tahu apa-apa mengenainya, takpe. Dan setelah beberapa ketika isu itu hangat diperkatakan di laman-laman blog, Facebook dan Twitter, pihak SimplySiti akhirnya mengedarkan kenyataan rasmi dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kandungannya seperti kat bawah ni.
1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.
2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.
3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).
4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.
5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

No comments:

Post a Comment