USAHAWAN EZANY NIZARIF

Ezany Nizariff
Seorang lagi selebriti lelaki yang tidak kurang hebatnya ialah Ezany Nizariff, jejaka berusia 36 tahun yang popular dengan watak Irfan dalam drama bersiri Natasha, sekarang sudah bergelar usahawan belacan. Rupanya sejak setahun lalu, syarikatnya EMP Sdn. Bhd, sudah menghasilkan ‘Belacan Ezany’. Bermula secara kecil-kecilan, Ezany kini mampu berbangga apabila kicap dan belacannya telah berada di pasaraya terkemuka seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco. Malah artis ini kini mempunyai kilang di Lestary Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Memulakan karier sebagai pelakon, Ezany ke sana ke mari menghadiri uji bakat dengan menaiki pengankutan awam sahaja. Apabila semakin naik, usahawan muda ini berkereta Satria warna hijau. Setelah memperoleh pendapatan yang lumayan melalui drama-drama popular beliau, keretanya bertukar kepada Kia Sorento dan kini beliau sudah pun memiliki kereta BMW dan dua buah kondominium hasil pendapatan berniaga!
Satu sifat Ezany yang boleh dipuji ialah beliau tidak berasa malu menjual belacan kerana katanya belacan adalah salah satu perencah masakan Melayu.
Sejak dulu belacan memang tidak boleh dipisahkan daripada masakan kita walaupun ia sedikit berbau. Sebab itu kalau kita sebut belacan, dengan sendirinya kita tahu ia berkaitan dengan masakan Melayu. Sebab itu pada setiap bungkus Belacan Ezany tertera gambar saya, siap bersongkok dan berpakaian baju Melayu,” kata Ezany dalam satu petikan surat khabar yang mengumpulkan golongan artis berniaga.
Kini, kilang belacan Ezany di Sungai Berambang, Perlis dah boleh keluarkan 50,000 ketul belacan sebulan. Belacan yang dijual seberat 150 gram dan 70 gram itu dihasilkan oleh 10 wanita kampung dengan menggunakan udang geragau. Belacan yang diusahakan syarikat usahawan muda ini menggunakan seratus peratus udang geragau. Tetapi ada juga yang dibuat dengan menggunakan campuran ikan dan udang.
Selain belacan, syarikat Ezany turut mengedar kunyit serbu, rempah ikan, rempah kurma dan pelbagai lagi perencah masakan. Apabila jenama Ezany sudah terkenal terutamanya di kalangan peminatnya, Ezany dengan bijak mengambil peluang untuk menjual sos tomato dan sos cili dan turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco. Beliau memang ahli perniagaan yang pandai merebut peluang!

2 comments:

  1. sy ada udang utk belacan.boleh jpa tuan

    ReplyDelete
  2. sy bob dr port kelang.boleh sy jpa tuan urusan udang utk belacan

    ReplyDelete