TAN SRI S.M NASIMUDDIN S.M AMIN

WASHINGTON 2 Mei – Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California.
Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi memberitahu Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles.
Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi.
Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam.
Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad. – Bernama
Itulah berita yang amat menggemparkan negara, kehilangan mengejut seorang usahawan Melayu bertaraf jutawan yang amat dihormati ramai. Mari kita soroti bersama latar belakang figura hebat ini.
Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan , perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.
Nasimuddin yang lahir pada tahun 1955 ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad , Kuala Pilah , Negeri Sembilan .
Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.
Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau adalah beliau ialah seorang lelaki yang simple. Beliay menyimpan setiap sen yang diperoleh daripada kedua ibu bapanya sejak daripada zaman persekolahan lagi, dan melalui pendapatan yang diperoleh sebagai kerani di syarikat pembinaan ayahnya.
Pada usia 21 tahun, dengan kos sebanyak RM80,000, Nasimuddin membeli 20 AP lalu ke Jepun , di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan. Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan – pelanggan untuk membeli kereta – kereta terpakai apabila ramai di antara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta – kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

1 comment: