PENGENALAN

Legasi keusahawanan yang telah mula meresap masuk ke dalam arena perniagaan menjadi sebutan mulut setiap peringkat masyarakat. Fenomena ini lebih kuat dirasai oleh mereka yang mempunyai keinginan serta ciri-ciri seorang usahawan. Pada masa lampau, keusahawanan dilihat sebuah aspek atau bidang yang subjektif yang mana ianya sangat susah diterjemahkan ke dalam bentuk definisi yang spesifik. Berbanding pada era baru ini, keusahawanan telah menjadi teras utama dalam pembangunan nasional terutama bidang keberhasilan negara kerana negara melihat prospek masa depan bidang ini yang sebegitu cerah. Oleh kerana itu, kerajaan melalui pelbagai gabungan agensi termasuk badan bukan kerajaan telah mula menggorak langkah membina empayer keusahawanan dengan pembangunan  pelbagai program dari segenap lapisan masyarakat. Dari aspek pendedahan awal usahawan sehingga praktikaliti keusahawanan turut dijalankan. Tidak cukup dengan itu, usaha kerajaan membawa masuk suntikan semangat usahawan ke dalam sistem pendidikan negara juga disambut baik oleh semua pihak terutama pihak sekolah, Pusat Pengajian Tinggi dan tempat-tempat pengajian lain. Dengan berbekalkan kepercayaan bahawa kita Malaysia boleh mengubah negara ke suatu arah negara berkeusahawanan, maka "Transformasi Minda Usahawan" perlu dilaksanakan dengan perancangan yang rapi merangkumi kesemua aspek dalam keusahawanan

No comments:

Post a Comment